
Sabtu petang, ke gym, jogging 20 minit & buat yang lain sikit2. Jam Xiaomi aku macam dah tak berapa betul. Aku lari berpeluh2 pun dia cakap heart rate aku cuma 120…

Ahad aku cuma lepak je. Sambil2 tu tolong sediakan fakta bagi ke lawyer untuk kes saman fitnah aku. Dalam kes defamation, fakta (defense of truth) ialah senjata paling kuat.
Misalnya sewaktu aku tulis yang sebuah syarikat petroleum tengah dalam kerugian teruk pada bulan Mei lepas, maka ini bukan masa untuk membazir duit gaji membeli barang mewah dengan gaji yang tak seberapa, orang marah kata aku fitnah & nak saman aku.
Sekarang apa yang aku tulis hari tu menjadi kenyataan.

Nah, 4 hb. September lalu keluar kenyataan di Bernama, syarikat tersebut mengalami kerugian RM21 billion. Apa yang akan jadi pada gaji pekerja dan jawatan pekerja selepas ini, boleh fikirlah sendiri.
It’s enough red flag.
Aku bukan nak menghentam syarikat itu atau pekerjanya tapi nasihat aku supaya berjimat bulan Mei lalu sepatutnya diikuti. Sebab ada kalanya, nasihat yang pedih itu yang betul2 berguna.
Nak harapkan netizen2 dan kawan2 puji dan sanjung, memang mereka akan bersorak sewaktu kita senang. Tapi mereka tidak akan tolong berikan amaran sebelum kita jatuh susah.












Cantiknya pemandangan.tq share😊🌹
LikeLike
Terima kasih berkongsi pengalaman hidup dan pemandangan di sekitar Vienna. Indah kehijauan. Tak lama lagi akan berubah kepada oren keemasan. Mengangumkan. Seronok kan melihat daun-daun berguguran dan berjalan di atasnya. Seterusnya, rumah di saluti salji putih berlatar belakangkan pokok2 gondol. Wow!
Workout – bukan mudah nak kekalkan motivasi bersenam. Tahniah HH boleh. Semangat HH. Semangat bersenam, mengamalkan gaya hidup sihat.
Sedarlah, tiada siapa berhak menuduh orang lain tanpa bukti. Itu fitnah. Itu kesalahan jenayah. Jika disabitkan, akan berdepan hukuman berat. Semoga HH menang kes saman fitnah yang difailkan terhadap si pemfitnah, aamiin ya Rabb.
LikeLike
waah hijau yg menenangkan☺️perkongsian yg confirm cantik👍.
Semoga sihat selalu
dan dprmudahkan segala urusan🤲
LikeLike