
Sebagai penduduk Austria, tidak begitu susah untuk dapatkan suasana bersalji pada musim dingin – lewat Disember hingga Mac – di samping menerokai alam semulajadi tanpa gangguan pelancong.
Namun biasanya pada penghujung tahun, cuba untuk terbang ke Malaysia dan meluangkan masa di sini sepanjang cuti Krismas dan Tahun Baru.
Mungkin terkecuali tahun 2020 ini sebab dikira sudah 4 bulan spend di Malaysia, termasuk trip awal tahun lalu, dan mungkin tambah sebulan lagi kalau dapat pulang ke Austria pada bulan Julai nanti.
Jadi tahun depan baru ke Malaysia semula.
HH
Seronoknya main salji…best tengok..manislah senyumnya..menawan hehe 😊😍😘
LikeLike
Waah bestnya berguling atas salji.
Cantik semua sudut yg diambil,
sgt kreatif, tq share👍
LikeLike