Repair Kereta dengan Duit Dividen

Siangnya setelah siap singgah ke SKMM, hantar BMW ke sebuah bengkel di Kajang, kebetulan dah dekat di kawasan itu.

Aku boleh recommend kedai Centroy Bimmers ini sebab bukan saja mereka efisien buat kerja dengan mekanik yang cukup ramai untuk beri perhatian yang cukup, tetapi juga pada pandangan aku mereka beri harga yang berpatutan.

Malah mungkin aku boleh katakan murah sebab mereka caj sikit saja untuk labor berbanding kedai2 BMW lain.

Tokey kedai ini yang comel2 tu pun jenis yang straightforward, aku suka.

Mekanik lain kadang2 akan cuba cari jalan untuk dapatkan duit paling banyak, tapi kedai ini berfikiran selari dengan customer.

Of course kalau dah mampu beli BMW tu kita sebagai customer bukanlah nak option paling murah setiap masa, tetapi pada masa yang sama kita boleh rasakan kalau seseorang itu nak take advantage.

All in all aku belanja dekat RM4,000 kat kedai ni, which is something yang aku memang dah budget pun sewaktu aku beli kereta ni dulu. Parts yang mereka tukar pun memang wajar ditukar disebabkan wear & tear owner terdahulu.

Sambil menunggu tu ada kucing datang manja2 langsung terlelap atas peha aku.

Aku ke SKMM sebelumnya sebab kena buat susulan ke atas laporan polis yang aku buat minggu lepas. Ada mangsa scam cuba mesej follower untuk mengorek maklumat keluarga aku. Padahal dia yang bodoh pergi beli motor besar dekat Mudah, kononnya motor tu orang nak hantar pakai Whatsapp. Scammer pakai gambar aku yang dicuri dari interview bersama majalah The Vocket, tapi si bangang ni pergi viralkan sampai kawan2 dia ugut nak cari aku dengan parang. Bila aku viralkan balik story pasal dia, tahu pulak stress.

After that aku singgah beli kasut kejap. Sempena Covid ni kedai Tomaz bagi diskaun ke RM99 je.

Duit untuk repair kereta ni sebahagiannya di cover oleh duit dividen bulan ini dari Maybank. Waktu pandemik sebegini masuk kurang dari RM1,000 jadi pengawalan kos dalam budgeting menjadi penting supaya dividen ini boleh dimaksimumkan.

2 thoughts on “Repair Kereta dengan Duit Dividen

  1. Waah..
    Alhamdulillah murah rezeki En Hazman, moga terus dpmudahkan semua urusan.
    Gmbr ber2 yg bersandar kat kereta tu sgt cantik n smart πŸ‘πŸ‘
    Terimakasih share πŸ‘Œ

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: