Sepetang di Mekah

Ada follower yang mahu liputan travel tentang trip pendek aku ke Mekah bulan Januari lalu, jadi aku upload story ini dulu sebelum story tentang negara2 lain.

Sewaktu aku turun dari kapalterbang di JED dan naik bas ke terminal, seorang mutawif tanya aku, “awak datang group mana?”

Sepanjang flight itu aku sedikit hairan tengok mutawif ini naik-turun deck, meronda A380 macam rumah sendiri. I guess dia ramai anak buah dalam flight ini.

“Saya datang sorang je.”
“Ooo belajar kat Youtube je la ni.”

Dari intonasi mutawif ini aku dapat rasakan dia sama ada try untuk jual package ke aku, atau dia nak beritahu yang group dia paling glam:

“Group kami duduk hotel Movenpick.” (hotel mahal depan Masjidil Haram, entah bila pulak aku tanya pasal hotel dia).

“Oo.. hotel mahal tu. Saya duduk hotel free je, Malaysia Airlines bagi.” Mak aku cakap kat Mekah jangan takbur, nanti sesat jalan.

Hotel yang aku ambil bukan salah sebuah hotel 5* yang ada betul-betul depan Masjidil Haram, yang menjadi kegemaran sesetengah jemaah untuk upload ke laman sosial, tapi hotel biasa, terletak lebih kurang 10 minit berjalan kaki.

Bagi aku, bukan saja hotel2 tersebut overpriced, tetapi pandangan peribadi aku sendiri, trip ke Mekah tidak boleh disamakan dengan trip ke tempat-tempat lain, di mana ia bukanlah tempat untuk indulge dalam kemewahan sedangkan tempat yang sepatutnya awak spend masa ada di luar hotel tersebut. Kalau awak bayar terlalu banyak untuk hotel itu, mungkin awak akan lebih sayang bilik hotel itu dari Kaabah di luar.

Anyway, aku dapat hotel aku totally free sepanjang stay aku dari Enrich Miles. Aku cuma bayar tambang jer.

Di luar hotel ini, penduduk Mekah yang berniaga di situ menunaikan kewajipan mereka di atas jalan setiap kali azan berbunyi. Jalan sikit lagi, ada kedai dobi untuk aku basuh pakaian, memandangkan aku cuma galas 1 backpack saja ke Mekah.

Juga ada kedai-kedai buah untuk aku beli makanan. Layanan receptionist di hotel ini taklah sebagus layanan hotel-hotel di Europe, tapi untuk duduk beberapa hari, hotel ini sudah cukup functional.

2 thoughts on “Sepetang di Mekah

  1. Alhamdullih tenangnya nmpk mekah..terima ksh share..insyaallah di jemput lagi ke sini aamiin insyaallah 😊

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: