Bagaimana Lockdown Mengajar Kita, Terutamanya Generasi Milenial, Erti Berjimat

Semalam waktu aku video call dengan si Ahmad, dan sepertimana ramai remaja atau millenial lain dia juga terpaksa berhadapan dengan krisis ekonomi pada waktu yang dia baru nak mula kerja part time, di saat dia paling memerlukan gaji dan pekerjaan.

Sepertimana syarikat-syarikat lain, syarikat yang ambil dia training itu juga mengalami krisis kewangan dan ketidakmampuan untuk membayar gaji.

Sebenarnya dalam kesamaran ini ada suatu kebaikan, kerana millenial ini belajar akan pentingnya menyimpan duit sewaktu ada.

Keadaan lockdown ini juga membiasakan kita semua M40 dan T20 yang selalu keluar makan-minum, karaoke dan entertainment lain, bahawa kita boleh hidup tanpa semua itu.

Menyimpan sewaktu ada adalah sesuatu yang sangat penting. Hidup pada kadar di bawah kemampuan juga sangat penting, tetapi tanpa keadaan yang memaksa sebegini, mungkin cakap lebih senang dari buat.

Sewaktu aku dapat duit saham dari parent dulu, aku campurkan dengan duit gaji aku dan aku simpan. Aku cuma pakai sebahagian untuk beli kereta BMW second hand, yang ada orang ketawakan kereta murah (dia ada 4 buah kereta, semua hutang).

Sekarang, kereta 4 biji hutang tu macamana nak bayar? Perniagaan tak jalan. Semua orang duduk rumah tak keluar. Walaupun ada pelepasan dari bank selama 6 bulan, kesan ekonomi ini akan berlanjutan jauh lebih dari itu. Kalau lockdown habis pun, tidak ada jaminan yang orang semua akan berbelanja lagi. Semua orang sedang berhati-hati dengan perbelanjaan sekarang. Semua orang berhati-hati dengan social distancing, dengan lockdown atau tanpa lockdown.

Basically, life will not be the same again.

Dengan dividen bank dari simpanan ini yang merupakan duit percuma yang bank bayar ke aku setiap bulan, aku dapat menolong beberapa orang yang memerlukan bantuan (sudah 18 orang setakat ini).

Jadi aku budgetkan sebulan dividen ini untuk tolong orang-orang susah. Cukuplah, sebab aku nak investment aku naik juga especially setelah rugi hampir RM10,000 sewaktu kejatuhan mendadak bulan Februari lepas.

2 thoughts on “Bagaimana Lockdown Mengajar Kita, Terutamanya Generasi Milenial, Erti Berjimat

  1. I was raised up by my father to never spend on cars guna loan. And he lived his life buying only second hand cars.

    I never knew the benefits of it, until this lockdown happens. I’m glad I don’t have any high liability

    Like

  2. Assalam. My son also face a same problem. Dlm keadaan mcm ni memang benar penting bg Kita untuk mengurus kewangan Kita dgn baik dan belajar utk hidup seadanya….PKP juga menjadikan masyarakat lebih empati kepada kesusahan org lain. More people turn out to help others including you. It’s indeed a good value. Hope that this pendemic will end soon….keep it up sir and may Allah bless you.

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: