
Ada yang mention tentang gambar2 throwback memakai spek mata. Sekarang tak pakai specs lagi.
Sebenarnya bulan Jun lepas ada buat pembedahan untuk masukkan lens kedua ke dalam kornea mata (jadi ada 2 lens dalam setiap kornea sekarang).
Mula2 nak buat di Vienna pada kos RM35,000 tapi sewaktu balik raya di Malaysia, terjumpa specialist mata di sini dan terus buat sini saja.
Sehari sebelum tu beli kereta dulu (BMW 2nd hand). Dan Rushdan (admin page) tolong uruskan banyak benda.
Sewaktu dan selepas pembedahan mata jadi sangat sensitif kepada cahaya, terpaksa pakai sunglasses walaupun kat dalam.
Prosedur pembedahan itu agak menakutkan jugak la sebab lama dan mata terpaksa terbuka setiap masa dan boleh rasa scalpel (pisau) tu potong2 selaput tu. Sekali seumur hidup aku buat tapi lepas ni harap tak perlu buat sekali lagi.
HH
























