Kehidupan Sewaktu Lockdown Covid-19

Aku buat post sewaktu seluruh Malaysia (dan banyak negara lain) sedang mengalami Lockdown akibat Covid-19, mungkin suatu hari nanti kita akan tengok balik dan mengingati kejadian ini dengan semua pahit manisnya.

Pertamanya, every cloud has a silver lining. Melihat secara optimistik, aku sangat happy dapat spend masa “percuma” bersama mak aku. Siapa sangka aku dapat 3 minggu tanpa perlu ambik cuti tahunan.

But of course, ini bukan waktu cuti. Aku masih on official duty dan aku sudah diberikan jadual deadline yang lengkap dari sekarang sampai pertengahan tahun.

Since aku dalam rumah all of the time, jadual kerja tidak menjadi masalah. Siang malam aku boleh kerja sambil tengok2 mak.

Cuma internet aku sempat beli prepaid mobile je jadi kerap jugalah aku kena topup berpuluh-puluh Ringgit sebab data asyik habis je bila buat hotspot.

Aku baru isi minyak sebelum Lockdown dan naturally sampai sekarang tangki aku masih penuh.

Satu-satunya benda yang sakit disebabkan Covid-19 ini (alhamdulillah aku sihat setakat ini dan mak jugak) ialah bila aku teringat saham aku yang tak semuanya sempat diselamatkan.

Sebabnya cuma aku takde kat Malaysia dan tak boleh bagi thumbprint untuk jual. Mula2 turun sikit tapi seminggu ini KLCI jatuh macam air terjun.

Sakit bila tengok. Aku fikir balik. Sedangkan China pun baru sekarang nak mula stabil sikit dari segi kes2 baru, dan mereka mengambil 2 bulan untuk sampai ke kestabilan ini, Malaysia pun paling2 bagus 2-3 bulan juga nanti.

Maka aku tak nak tengok dia jatuh selama 2 bulan lagi. No in fact, aku rasa kesan penurunan ekonomi Malaysia akan terasa sampai bulan September nanti. Masa tu baru aku nak fikir balik sama ada sesuai untuk masuk semula.

Cuma ada 2 tempat selamat untuk aku park duit sekarang. 1. Simpan dalam akaun bank, 2. Bayar hutang rumah.

Duit yang masuk dari ASNB semalam aku bayar terus ke akaun loan rumah aku. Jadi ada surplus RM75,000 dalam akaun loan rumah aku yang akan cukup untuk cover bila bank buat bayaran progresif ke developer nanti (dan aku harap rumah aku terlewat siap jadi duit tu tahan lama sikit).

Ada lagi yang aku tinggalkan dalam ASNB iaitu salah satu fund dia yang bukan variable.

Kawan aku tanya, kalau simpan dalam ASB gerenti selamat ke? Well in most times ya ianya selamat. Tapi aku cakap ke dia jangan simpan 100% duit dalam tu. Ianya masih satu pelaburan dan ia tak ada insurans kalau sesuatu yang tidak dijangka terjadi.

The funny part is, even my private banking account pun takde insurans sebab aku ambik yang Islamik punya.

Yes, you’d think kalau kau buka private banking, bank akan cover kau dengan insurans.. ha ha. No it’s not included. Kalau yang conventional dia cover la.

Jadi kenapa aku tak ambik conventional?

Sebab bila kau cukup duit untuk buka private banking, secara automatik kau juga akan dapat banyak pulangan interest atau dividen setiap bulan dari bank.

Masalahnya aku rasa bersalah kalau setiap kali aku dapat pulangan, aku makan ‘duit haram’.

Malamnya aku terpaksa keluar sebab barang dapur dah tinggal sikit. Fortunately all the people yang panic-buying hari tu dah bertenang kat rumah jadi aku dapat enjoy pasaraya yang kosong.

Yes, lots of disinfectant.

Kedai makan buka tapi kena bungkus balik rumah, tak boleh makan situ.

Merata aku cari roti semua habis. Aku beli toaster dan butter ingatkan boleh nak makan2 kalau lapar waktu kerja. Kiranya orang semua duduk rumah tak makan nasi ke apa. Tiba-tiba tukar diet.

Aku tak berapa faham apa yang nak panic buying sangat. It’s not time yet. Yes maybe there will be a time later, bila semua kilang tak cukup barang atau semua warehouse dah kering. Tapi itu bukan sekarang.

Tapi aku boleh nampak la, lockdown kat mana-manapun pasti akan membuatkan ramai orang takde duit. Business tutup, yang buka pun semua kosong. Gaji entah jalan entah tidak.

Ripple effect dia akan terasa. Maka sebab itu sekarang aku simpan liquid asset aku di tempat2 yang kurang exposed kepada risiko ini.

HH

One thought on “Kehidupan Sewaktu Lockdown Covid-19

  1. Assalam. Alhamdulillah semoga segalanya berjalan lancar seperti mana yg En Hazman rancangkan. In Sha Allah berkat doa ibu kehidupan En Hazman akan jadi lebih baik. Mana2 pelaburan pun pasti ada risikonya dan saya percaya En Hazman arif tentang hal tersebut…. whatever it is all the best for you sir dan saya doakan agar apa yg En Hazman cita2kan akan tercapai…..Aamiin.

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: