Malaysia Lockdown, Hari Pertama

Suasana boleh dikatakan sedih dan lengang dengan realiti tentang Coronavirus mula berlaku di depan mata. Malam tadi penduduk tidak dibenarkan keluar dari negeri melainkan dengan permit dari polis. Tapi aku dengar lepas tu benda itu dibatalkan.

Apapun aku terpaksa ke bank, sekali ini saja sebab aku perlu buat urusan yang memerlukan thumbprint aku sendiri. Lepas ni aku tak pergi dah.

Suasana di bank agak lengang. Sememangnya di lounge memang tak ada customer pun selalunya (that’s the whole point of private banking), tapi maksud aku even di bawah pun tak ramai orang. Staff bank pun dalam keadaan berjaga-jaga dan ambil giliran datang ke branch.

Aku sempat bersembang dengan pengurus dan dapat merasakan staf bank pun dalam keadaan yang tidak begitu ceria, terutamanya dengan kejatuhan ekonomi dan Ringgit yang mendadak disebabkan:

  • Perubahan drastik dalam politik Malaysia
  • Kejatuhan harga minyak
  • Pandemik Coronavirus itu sendiri

Tenat. Sekarang 1 US Dollar sudah naik ke RM4.30. Hujung tahun lalu sewaktu RM4.08, aku sudah bersedia untuk ia turun ke bawah paras RM4.00. This will not happen.

HH

One thought on “Malaysia Lockdown, Hari Pertama”

  1. It’s indeed gives us a lot of lessons, we learn through experience….In Sha Allah, when we used to it, everything is going to be easy for all of us….Berharap semuanya akan segera kembali kpd keadaan asal. Aamiin
    #stand together against this viruses.

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s