Malaysia under Lockdown

Hari ini dah start kerja dari rumah mak di Malaysia. Sibuk setup development environment di laptop.

Aku letak laptop depan mak aku terus. Senang sambil buat kerja boleh tengok2 mak. After all, that’s the whole point.

Bosan aku keluar jalan & isi minyak kereta. Singgah beli Costa kat Shell. Maybe tu je kopi import yang masih “murah” selain dari McDonald’s.

Aku nak join gym semalam tapi kaunter pendaftaran tutup. At last aku beli stepper sendiri je dan workout kat rumah mak.

Kejap tadi kami pasang speaker dan dengar pengumuman di Facebook. Mulai Rabu semua kedai tutup kecuali supermarket dan kedai2 runcit je, dan juga bank. Sama macam di Vienna.

Solat Jumaat dibatalkan. Suka atau tidak, pengumpulan ramai manusia macam tu memang cepat menyebarkan virus. Di Vienna, mana-mana kumpulan melebih 6 orang dilarang.

Rakyat Malaysia tidak dibenarkan ke luar negara. Aku macam rasa yang aku akan ada di Malaysia buat kerja sini lama lagi.

Yang balik dari luar negara kena buat pemeriksaan.

By the way aku memang singgah Hospital Putrajaya pun untuk buat screening. Tapi situasi aku tidak memerlukan testing, sebab aku tak pergi ke Itali, China, dll. Apapun pihak hospital ambik details dan no phone aku.

Apapun aku bersyukur semata-mata sebab aku diberi ke kemudahan untuk ada bersama mak aku dalam semua situasi ini. Sekurang kurangnya aku boleh tolong jaga kalau nak beli barang2 dapur ke.

HH

One thought on “Malaysia under Lockdown”

  1. Things happen for a reason…..Alhamdulillah dalam masa-masa macam ni masih diberi kesempatan bersama keluarga….itu yg lebih berharga dari segala yg ada di dunia ini…

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s