Ke Kuala Lumpur Melalui Bandara yang Lengang

Perasaan aku ketika ini boleh dikatakan dalam kategori sedih. Sedih melihat Airport Vienna yang lengang, tidak semacam setiap kali aku keluar terbang di hari minggu sebegini.

And yeah I am not in the mood to fly premium. Waktu sedih2 begini I want to be in a crowded cabin, at least tak rasa sedih sorang2.

Keadaan Coronavirus yang berlarutan dan semakin merebak menyebabkan pejabat tempat aku kerja terpaksa ditutup buat sementara, dan semua orang diarahkan bekerja dari rumah.

Kota Vienna sendiri mengalami penutupan sekolah2, malah Isnin ini kedai2 terpaksa ditutup melainkan kedai yang perlu saja.

Itali pada waktu ini, dengan kadar kematian Coronavirus melebihi 800 orang, telah menutup sempadannya. Orang Itali tidak lagi dibenarkan masuk ke Austria melalui sempadan.

Sempadan negara2 jiran seperti Republik Czech dan Hungary juga dijangka tutup. Nobody knows how this will develop in the coming days.

Aku fikir 100x patutkah aku spend masa aku di Malaysia saja. Suasana di sini membuatkan aku teringat akan suasana pra-apocalypse.

Aku nak pergi tetapi aku takut tak boleh balik ke sini kalau tiba2 mereka tutup airport pula. Tapi bila aku fikirkan, it really does not make much sense untuk aku mereput di rumah sorang2 kalau tiba2 semua ditutup.

Sewaktu aku jual pegangan saham aku di market Asia (China, Jepun, Korea) bulan lepas, pada waktu itu aku sudah menjangka yang coronavirus ini bakal menjadi wabak yang berkembang ke seluruh dunia tanpa boleh dihentikan.

Waktu itu aku cuma fikir pasal Pelaburan aku saja, takut rugi (actually aku rugi jugak RM1,600 which was so much better dari. rugi berbelas/puluh ribu).

Tapi sekarang apa yang aku jangkakan sudah ada di depan mata. Dan sesungguhnya keadaan sebegini di luar kebolehan manusia untuk mengawal. Hanya Tuhan saja yang boleh hentikannya.

HH

One thought on “Ke Kuala Lumpur Melalui Bandara yang Lengang”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s