Dapat RM1,400 Percuma dari Maybank

Relationship Manager aku set appointment semalam kat Maybank PWC. Dua minggu dulu aku ada isu yang entah apa benda dok autodebit kemudian beberapa hari lepas tu dia refund balik. Bulan depan tolak balik. Kemudian refund balik. Sampai 3 bulan cycle macam tu.

Unit Trust Ditutup

It turned out that one of the funds yang aku pernah beli online pakai Maybank2U dah tutup. Fund tu sendiri dah tak issue lagi. Jadi setiap kali dia autodebit, sistem reject kemudian pulangkan duit.

So hujung bulan ni dia kata Maybank akan tutup terus akaun aku untuk fund tu. Malangnya, position sekarang ni tengah negatif. Rugi sikit je la dalam RM81. But still, aku tanya habis macamana, takkan Maybank nak tutup macam tu je dan bagi aku tanggung RM81 tu?

All You Need To Do Is Ask

Itu prinsip aku. Kalau ada benda tak puas hati, tanya je. Worst case kau tak dapat apa2. Tapi business biasanya try untuk accommodate kalau diorang boleh asalkan kau tanya elok2.

So manager aku cakap, ok dia boleh bagi aku beli semula satu unit trust lain tanpa sales charge.

Bagi orang yang tak invest, ayat macam tu takde erti apa-apa. Tapi sebenarnya itulah ayat yang akan bagi keuntungan paling besar. Sebab untuk beli unit trust, sales charge adalah antara 3%-6% dari jumlah fund yang kau beli.

Dan untuk kau merasa keuntungan, keuntungan dari fund itu sendiri mesti melebihi whatever kau bayar untuk sales charge tu. Bermakna, biasanya kau kena tunggu bertahun untuk fund tu break even dan dapat cover sales charge yang kau dah bayar. Kalau fund tu jenis ekuiti high risk/high returns, maybe berbulan. Tapi aku tak main fund macam tu sebab aku nak tidur malam.

REIT Fund

Aku boleh beli apa saja fund dari Maybank (bukan bank lain), tawaran itu untuk Maybank funds saja. Mmmmm… so aku mintak recommendation dari manager aku.

Dia recommend aku REIT untuk Singapore. Ini untungnya ada akaun premier wealth (deposit minimum RM250,000), sebab orang yang manage akaun kau pun orang yang ada ilmu dalam bidang ini.

Manager aku baru habis buat masters in Finance. So whatever dia punya analisis aku percaya. Lebih percaya la sikit dari orang kaunter bawah yang push whatever yang paling banyak komisen. Atau agen unit trust yang ajak minum kedai kopi.

Kalau aku beli RM100K, aku dah jimat RM3,000. Best Best Best.

Layanan VIP dari Maybank

Walaupun duit aku kat Maybank tak sebanyak mana pun, tapi aku happy dengan layanan hari ini.

First of all, orang buatkan kopi. Mula aku nak buat sendiri tapi dia buatkan.

Sambil manager aku pergi discuss, aku sembang dengan bos dia. Cik Liza pun baik dan bagi aku 2 lagi Relationship Manager sebagai backup kalau manager aku cuti & aku ada benda urgent.

Gula Prai dan Gula CSR tu gula pak aku dulu waktu dia masih hidup. Dia manage kedua-dua kilang. Sekarang company dah ke laut sejak pihak baru takeover. Aku pernah sembang dengan colleague pak aku yang dah pencen dulu kerja Finance. Banyak duit cash CSR guna tampung company lain dalam holding.

Boleh Invest RM50K Jer

Last sekali manager aku masuk balik dan bad news, aku boleh beli RM50K jer. Jadi penjimatan aku cuma 3% x RM50K = RM1,500.

Tolak yang aku rugi RM81 tu dapat untung bersih RM1,419. Aku ada FD yang sejumlah itu jugak yang akan matang 14/1 nanti dan aku sign siap2 supaya manager tu boleh execute bila dah matang nanti. Jadi tak kacau duit cash aku.

Which sepatutnya aku tak pakai pun melainkan waktu aku balik cuti Malaysia macam ni. Expenses aku kat Europe semua pakai gaji sana. Malaysia tempat simpan duit lebih je. Gila kau nak pakai RM kat Europe, habis macam air je nanti.

HH

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s