Kontrak Baru untuk 2020

Penghujung bulan lepas aku dah siap sign kontrak kerja untuk sepanjang tahun 2020, gaji around RM460k. Which is enough untuk kehidupan aku yang biasa2. Yang pentingnya bukan gaji tu sangat tapi perkembangan duit persaraan aku yang tersimpan di New York dalam USD.

Walaupun kerja aku kontrak tapi setahun demi setahun memang renew selagi kerja aku menepati standard antarabangsa yang diperlukan di UN. Dan selagi terdapat fund yang cukup untuk bayar gaji aku.

Tidak Boleh Terlalu Konfiden

Namun kesilapan masa lampau mengajar aku jangan leka dengan gaji yang banyak dan anggap gaji itu akan kekal sampai bila2. Setiap tahun aku tetap mengambil kira kemungkinan yang ia adalah tahun terakhir.

Translated to real life, aku tidak ambik komitmen2 atau pinjaman yang besar. BMW hari tu aku beli Cash lepas jual unit trust CWA aku. Dan aku juga pastikan rumah kecik yang aku beli bernilai within the affordability range.

Apakah Harga Rumah yang Dikira Mampu?

Menurut Financial Samurai dan banyak lagi pendapat, harga rumah yang mampu dibeli oleh seseorang ialah 3-5x pendapatan tahunan dia. Unfortunately disebabkan harga hartanah di Malaysia naik mendadak tahu 2009 dulu, kalau kerja Malaysia memang tak dapat la rumah yang 3x gaji tahunan aku, even kalau ada company nak kasi aku RM10k sebulan.

Tapi mujur sebab gaji aku mengikut standard Europe jadi aku gunakan peluang ini untuk beli sebuah flat kecik di Malaysia, cukup untuk aku duduk sorang macam flat yang aku sewa di Vienna.

Harga flat aku semua2 RM262k, which is lebih sikit saja dari 50% gaji tahunan aku. I don’t even go to 3x sebab pertamanya aku pun tak tahu bila aku nak duduk dalam rumah tu, dan keduanya aku tak perlukan ruang yang besar untuk hidup.

It might be strange yang ada orang tak nak beli rumah besar. Ya sebab sepanjang aku kecik dulu, aku dah puas duduk dalam rumah bungalow atas bukit ni. Lepas masuk universiti aku datang tengok balik rumah tu, 13 tahun lepas rumah tu aku tinggalkan.

Bila kecik dah biasa dengan lifestyle macam ini bila dewasa aku lebih kepada kehidupan minimalist. Aku beli kebanyakannya benda yang aku betul2 value saja. Bukan beli sebab terikut orang padahal aku sendiri tak berapa suka.

HH

8 thoughts on “Kontrak Baru untuk 2020

  1. Saya setuju sangat. Rumah ikut keperluan penghuninya. Sebelum ini saya tinggal apartment 3 bilik selama 14 thn. Menjak 2 tahun lps berpindah tinggal di rumah banglow 6 bilik sehingga skrg. Percaturan yang silap..InshaaAllah akan balik ke apartment semula tahun depan kerana tidak biasa tinggal rumah banglow 😅

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: