Hallstatt, Austria (Winter)

Aku pergi sekejap Hallstatt sekejap je semalam. Turun dari keretapi, terus naik feri ke seberang sana. Actually, staff OEBB (syarikat keretapi kebangsaan Austria) dah cakap awal-awal, “today is a bad day to go to Hallstatt” sebab malam tadinya ada kebakaran.

Cara Ke Hallstatt

Cara paling direct yang aku recommend untuk orang luar ialah dari Vienna, ambil tren ke Attnang-Puccheim, dan dari situ tukar tren ke Hallstatt. Dari stesen Hallstatt, bila sampai, terus turun tangga naik feri.

Tambang Feri kena bayar asing. 6 Euro for both trips.

Ada cara lain, misalnya turun stesen Obertraun kemudian naik bas, atau turun Bad Ischl kemudian naik bas juga, tapi walaupun mungkin ada option yang lebih murah, aku tak recommend melainkan korang memang nak adventure.

Apa pun, kalau kos itu sesuatu yang penting, maybe kau kena explore cara-cara lain seperti yang aku sebut di atas. Sebabnya:

  • The direct train is more expensive. Kau kena naik Railjet dan kemudian baru tukar ke regional train di Attnang-Puccheim. (Satu cara untuk jimat duit di sini ialah beli tiket keretapi Westbahn, bukan OEBB, dari Vienna ke Attnang-Puccheim, tapi kalau kau pakai railpass, Westbahn tak boleh naik sebab itu syarikat swasta).
  • Hotel di Hallstatt generally mahal, and by mahal I mean semua di atas 100 Euro satu malam. Kalau nak jimat duit, try duduk di pekan-pekan berdekatan seperti Bad Ischl, Obertraun. Lagi jauh dari Hallstatt lagi murah, amnya.

Perlu ke Menginap di Hallstatt?

It depends on your budget. Kalau kau mampu, better duduk sana. Tapi kalau duit tak berapa cukup, aku rasa tak perlu.

Pekannya sangat kecil. You can literally walk around the whole place. Bila kau start explore atas bukit tu sikit kau sebenarnya melalui rumah-rumah orang, and so kau kena jaga behavior, jangan bising, jangan tangkap gambar sesuka hati. Paling atas sekali ada bukit yang kau boleh hiking sampai atas.

Ada musical hall dan muzium di situ, if you like that sort of thing.

Dan ada benda keretapi lombong garam tu. Aku tak pernah naik, too old for that. Dan ada skywalk. Yang tu aku pernah naik. Semua tu kau boleh habiskan dalam masa sehari atau dua. Tapi kalau kau pergi nak tengok show & makan-makan, maybe justified untuk duduk lama sikit.

Just bear in mind, everything is more expensive here.

Souvenir dan Kraftangan

A lot of these shops tak bagi tangkap gambar dalam kedai (takut orang cilok idea, especially since ramai tourist yang ke situ dari China, I guess before you know it, benda yang sama dijual di Alibaba).

Heck, if they can copy the town itself, what’s stopping them from copying the little things?

Apapun di Hallstatt ada jual banyak handicraft yang cantik-cantik, juga sabun dan hasil garam. Don’t ask me sabun tu ‘halal’ atau tidak, cos you know benda2 ni ada beef tallow unless vegetarian.

Harga Makanan

To put it simply, untuk makanan simple macam ini, letak budget dalam EUR 25-30 seorang termasuk air. It’s a tourist town, what do you expect?

However, to be fair, it was a nice meal walaupun nak kata kenyang tu tak sangatlah. Aku suka dengan sos horseradish yang datang dengan ikan in. Mula aku ingat coleslaw, aku makan raw macam tu je terus berasap telinga. For those of you yang tak faham, it’s the same thing dengan wasabi yang ada di kedai sushi cuma warna ini putih.

Surau

Tiada penduduk Muslim di sini, jadi urusan itu semua buat sendirilah. That’s why it’s advisable untuk ambil penginapan berdekatan, bukan buat daytrip dari jauh.

Enjoy the Photos

Nothing much yang aku boleh ceritakan lagi, the beauty of Hallstatt have to be enjoyed by simply being there. ‘Nuff said.

HH

3 thoughts on “Hallstatt, Austria (Winter)”

  1. Nice place to visit…. Sangat berguna bagi yang suka travel… Hope one I can go this type of place very peaceful.. Cantik ciptaan Allah

    Like

  2. Subhanallah such a wonderful scenary and nice place to visit….peaceful place and suitable place to realease tension…
    In Sha Allah….harap dapat ke sini utk melihat sendiri keindahan alam ciptaan Allah…

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s