Hotel Copenhagen

Suara tak berapa clear, Toiletries dalam hotel ini semua Fairtrade (yang menolong petani2 miskin)

Hari tu aku spend 2 hari kat Copenhagen, Jumaat petang lepas kerja aku fly terus, sampai sana malam. Kemudian terus ke hotel. Actually I didn’t do much there, banyak masa aku cuma rehat kat hotel je.

Copenhagen tak pakai Euro. So in fact, waktu aku sampai ke airport, aku tak sempat tukar duit langsung. Tapi mujur kat sana kedai2 kecik pun accept kad jadi selamat la aku.

Thai Massage

Cuma sekali tu je yang aku nak pergi urut (kat Europe senang jumpa kedai urut Thailand yang jenis dia stretch & pijak badan kau kadang2), dan kedai urut tu tak terima kad jadi aku terpaksa keluarkan cash.

Just in case kau terfikir nak tanya aku ada extra service ke tidak, setiap Thai Massage yang aku pernah pergi di Europe ada sign, kalau kau mintak apa2 extra, diorang terus tendang kau keluar dan kau tak dapat duit balik.

But yeah, perempuan2 Thai ni lepas urut dia expect tips. Dia buat macam tangan lenguh, letih urut, as if badan kau sorang je yang susah nak urut, hopefully kau rasa cukup bersalah untuk keluarkan 10% extra. Jadi kau faham-faham la sendiri. Kalau kat airport BKK hari tu lagi terang-terang dia mintak tips, takde hint-hint langsung. Jadi sediakan duit lebih kalau kau tak nak orang membawang kau lepas keluar.

Anyway, untuk entry ni aku nak tulis pasal hotel je. Benda lain next time baru aku cerita.

Jagung Mentega

Bilik tu macam studio apartment, ada microwave. Kemudahan memasak bukan keperluan untuk aku, asalkan kat bawah ada kedai yang aku boleh beli makanan, tapi kalau ada microwave senang sikit aku nak buat makanan aku sendiri, macam jagung ni:

Jagung & mentega ialah benda paling senang untuk buat, kau cuma beli jagung dalam tin kat supermarket mana-mana dan mentega (kemungkinan kau kena buang butter tu jadi beli sikit je supaya kurang membazir). Kalau ada roti beli jugak roti supaya mentega tu tak terbuang.

Lepas tu kau taruk dalam microwave dalam 3-4 minit. Dah siap.

Gym dan Kolam Renang

Bila aku cari hotel kat mana-mana yang aku nak bercuti, fitness center ialah benda yang aku perlu ada dalam hotel itu.

Swimming pool susah sikit nak dapat kat Europe ni, hanya hotel-hotel yang mahal yang ada, jadi aku tak dapat nak ambil setiap kali. Lagipun aku tengok jugak, kalau hotel tu nampak macam ramai orang je (harga dia nampak macam murah dari hotel-hotel lain yang sama facilities), aku skip sebab aku tak nak share swimming pool dengan perempuan seboleh-bolehnya, segan aku nak pakai trunk. Sama dengan sauna.

Lobby

Lobby dia luar dan ada ruang yang luas untuk lepak. Ada fireplace dan juga sebuah rak buku serta sofa.

Sangat suka hotel macam ni, yang kurang customer dan aku sorang boleh berguling-guling kat semua tempat dia. Senang hati.

Luar Hotel

Hotel ini terletak sebelah terusan (atau sungai, aku tak pasti). Kawasan ini memang sunyi-sepi tapi cantik dan tenang. Jauh sikit dari kawasan yang banyak trafik manusia.

Aku keluar jalan kaki tengok kapal dan bot di situ. Lepas tu aku cari tempat makan. Aku tulis lain kali tentang restoran steak yang aku jumpa kat sana.

HH

3 thoughts on “Hotel Copenhagen

  1. Sangat baek info yg d beri..
    Suka mngikuti prjlnn hidup mu..
    Suka duka namun maseh dlm senyuman..
    U tetap hebat🌹🇲🇾 🇦🇹

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: