Hampir ke Penghujung

Setelah 7 tahun di UN, aku rasa sudah tiba masanya untuk aku merancang masa depan aku kembali di Malaysia.

Aku beri masa setahun dua lagi, lepas tu aku baliklah. Aku suka kerja sini, in fact sepanjang karier aku, tempat ini ialah tempat yang aku boleh bertahan sampai rambut aku dah naik uban.

Bukan aku nak kata yang kerja sini senang, takde cabaran, dsb., tapi aku rasa serasi dengan team aku di sini. Kau kerja mana pun sama je, tak ada kerja yang senang. Kalau kerja tu senang, semua orang boleh buat. Dan untuk dapatkan tempat dalam UN boleh dikatakan hampir kepada mustahil untuk kebanyakan orang.

Pentingnya Team yang Serasi

Bulan Ramadan 2019, Team kami ikut buka puasa (walaupun diorang bukan Muslim kebanyakannya). It’s the team spirit.

Dalam satu-satu pekerjaan, orang-orang sekeliling kau adalah faktor terpenting sama ada kau enjoy kerja situ atau tidak. Terutamanya boss kau. Kalau boss pandai bagi motivasi kepada team, memahami tekanan kerja, pandai set target, dan berikan review yang bagus kepada orang yang bagi result yang bagus, itu sudah cukup untuk membuatkan seorang pekerja itu seronok.

Dan ya faktor duit juga, tapi bagi aku gaji di sini sudah cukup dan aku tak nak minta lebih lagi dari ini.

Macamana Aku Boleh Kerja Sini?

Soalan yang orang suka tanya aku ialah, macamana aku boleh kerja sini? Aku tak pasti soalan yang sebenarnya ialah “aku tengok kau biasa2 je”, atau “aku nak tahu apa proses minta kerja.”

Bagi Syarahan ke Budak2 UPM

Stereotaip Nerd Komputer

Kalau soalannya “aku tengok kau biasa2 je, macamana kau boleh terlepas ke situ?” Jawapannya aku bukan “biasa2 je”. Siapa yang pernah belajar dengan aku dalam fakulti Sains Komputer tahu macamana aku siapkan assignment 2 minggu dalam 3 hari. Lepas tu orang semua copy dan aku kena tolak markah. Celaka betul.

Kau nampak aku “biasa2 je” sebab aku langsung tak fit into the stereotypical nerd yang pakai spek tebal, ulat buku, badan kurus, introvert, tak reti bercakap. In fact, ramai engineer macam aku di UN langsung tak nampak macam itu.

Proses Minta Kerja

Tapi kalau soalannya “macamana proses minta kerja?” Aku boleh jawab dengan mudah:

  1. Daftar dan buat profil di careers.un.org
  2. Ambil satu hari untuk properly isi resume kau. Jangan cuba menipu kat sini sebab semua benda yang kau nyatakan, terutama tarikh mula/tarikh berhenti, akan kena balik pada kau.
  3. Pilih jawatan kosong yang sesuai dan apply.
  4. Kalau kau shortlisted, untuk jawatan aku, aku kena sit for technical exam. Exam ini aku kena jawab berkenaan programming serta bagi code.

Bercakap pasal exam waktu interview, aku dah pernah tengok exam syarikat2 kat Malaysia. A lot of these exams hanya budak2 fresh grad yang masih ingat macamana nak jawab, too theoretical & takde value kepada the real world. Bahayanya soalan macam itu, kau boleh terlepas orang-orang berpengalaman yang betul2 boleh bagi value ke syarikat kau.

Lepas exam, kau dipanggil untuk interview dan kalau lepas interview kau dapat offer kerja.

Majikan Lama

Untuk setiap tahun yang diperlukan dalam jawatan itu, kau kena bagi borang dari majikan kau yang menunjukkan kau telah masuk dan keluar dengan bersih.

Maksudnya kalau jawatan tu perlu 10 tahun pengalaman, maka setiap syarikat yang kau pernah kerja selama 10 tahun tu kau kena hubungi balik, maybe bodek balik bos kau yang kau pernah bergaduh dulu, dan suruh dia isi borang.

I have to admit, tak semua ex-boss aku membantu. Ada yang tak nak tolong isi borang, atau mungkin mereka sendiri dengki sebab mereka tertinggal kat belakang.. haha, tapi takpe mujur yang latest tu isikan borang.

Aku nak kasi satu pesan, dan ini pesan yang sama aku bagi ke anak aku:

Walaupun mungkin ada ex-boss atau ex-colleagues kau yang kata kau tak boleh perform atau lembab buat kerja, kau jangan percaya! Percaya pada diri kau sendiri.

Transkrip Universiti

Yang ni bahagian yang agak susah juga. UN perlukan transkrip kau dari universiti, tapi mereka tak nak kau sendiri yang hantar.

Sebaliknya, aku perlu contact balik registrar universiti aku yang aku dah grad lama, dan minta mereka search balik dari database. Untungnya mereka baik dan menolong aku. Waktu tu aku dah panik, takut mereka tak jumpa atau tak nak layan aku.

Sampainya aku ke Austria aku order hadiah souvenir hantar ke mereka, sebab aku betul2 menghargai.

Medical Checkup

Dan pastinya lepas semua dah dapat, kau kena juga bagi satu medical report dari doktor di Malaysia. Entah apa doktor tu tulis pasal sugar level aku, maybe aku minum terlalu banyak Coke time tu.

Kos Pemindahan

Dalam kes aku, semuanya aku tanggung sendiri. Aku rasa aku burn dalam RM30,000-40,000 jugak untuk masuk kerja. Jadi kau kena decide kau ada duit tak, dan adakah kau betul2 nak kerja ni? Sebab kalau kau dah burn duit kau kemudian kan decide kau tak suka kerja sini, dah terlambat untuk kau.

Untuk aku tak terlalu susah untuk decide sebab aku berfikiran panjang. Kos itu semua kau boleh cover balik bila kau dah kerja setahun, dan kalau kau sambung kontrak dari tahun ke tahun, kos awal itu dah tak perlu kira lagi.

Waktu Sedih

Antara waktu yang paling sedih waktu itu ialah bila kawan-kawan aku bagi hadiah perpisahan atau jumpa aku. Tidak ada siapa yang tahu berapa lama aku akan menghilangkan diri.

Aku jangka waktu itu cuma setahun, tapi dari setahun dah jadi dekat 8 tahun.

Of course, tanpa perlu aku sebut, family aku pun sedih jugak. Tapi memandangkan banyak faktor waktu itu – kestabilan kerja, faktor duit dan faktor bahawa UN bukan calang-calang tempat kerja, aku ambil assignment ini.

Hari Pertama di UN

HH

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s