Baru terima Mastercard dari Revolut hari ini. Aku gunakan untuk sehari-hari je, dan mungkin bila aku cuti nanti aku kasi ke anak aku pakai, kalau si boy suka.
Actually aku dapat kad ni sebab aku upgrade akaun aku di Revolut. Ada plan free (dapat kad plastik), dan ada plan premium (dapat kad ini, boleh pilih hitam, silver atau gold). Aku upgrade premium mulanya sebab aku nak gunakan untuk create virtual cards supaya senang aku nak buat payment ke Facebook untuk promote blog aku.
Hazman Halid Tiruan Dikesan
By the way, sepanjang sehari dua ni aku dah dapat masuk semula ke page Hazman Halid di Facebook. Jadi aku sempat update supaya followers baca blog ini. Aku tak dapat jamin berapa lama akaun sementara aku ni boleh bertahan.
Yang aku tak fahamnya bila ramai orang Nigeria buat akaun pakai nama aku, pakai gambar aku, Facebook biar je, Sampai berani buat live lagi (I guess dia tukar nama lepas buat live ni dengan tujuan nak scam orang, tapi proses ni tak habis, jadi dia abandon niat itu):

Kelebihan Kad Revolut
Pertamanya ia bukan kad kredit. Walaupun nampak macam kad Chase Sapphire Reserve yang sangat berprestij, ia sebenarnya kad debit biasa. Jadi semua orang boleh dapat kad ini (maksudnya kalau penduduk EU), dan sanggup bayar maintenance fee EUR 13 setiap bulan.
I mean, maintenance fee tu bukan untuk kad besi ni semata-mata tapi ada benefit lain, misalnya seperti yang aku cakap, boleh buat virtual cards untuk beli benda2 online.

Tapi kelebihan yang paling ketara ialah bila charge dalam matawang bukan-Euro (GBP, TRY atau MYR misalnya), mereka akan caj pada kadar interbank iaitu kadar yang korang boleh nampak di Google. Ertinya tak ada margin tambana dalam exchange rate macam bank atau kad kredit biasa caj.
So ertinya kalau aku nak bagi anak aku pakai pun takpe sebab aku boleh isi sejumlah wang dalam akaun, kemudian dia pakai kat Malaysia, dan bila duit tu habis aku cuma tekan satu butang untuk topup dari sini.
Kekurangannya
Aku dah pernah try pakai kad ini dalam flight untuk beli makanan, dan ada masanya dia tak boleh pakai. Tapi situasi ni sama je dengan kad Maybank aku. Satu-satunya kad yang aku boleh pakai ialah kad kredit biasa keluaran bank EU.
Jangan Bergantung Pada Cash atau 1 Kad Saja
British Airways, misalnya, hanya membenarkan pembelian makanan dengan kad kredit. Passenger tak boleh beli makanan dengan cash. Jadi penting untuk bawa beberapa kad, kalau tidak kena decline malu jer. Worse, kalau tak sempat makan pre-flight, lapar sepanjang perjalanan.
Ini juga sama dengan bas di London, sekarang pemandu tak boleh ambil cash lagi jadi perlu Oyster atau kad kredit.
Anyway aku paling suka kopi dalam flight BA sebab sedap. Buat Kopi O jer.
HH
Terima kasih berkongsi ilmu..bnyk yg dpt di pelajari👍🏽👍🏽
LikeLiked by 1 person
Terima kasih atas perkongsian ilmunya..
LikeLike
Saya amat menyukai blog ini terutama love scam sebab saya juga pernah terpedaya ….
LikeLike
Be careful dan jangan sesekali menjawab sebarang mesej lagi lain kali.
LikeLike