Travel Insurance RM3,000 Percuma dari Kad Maybank

Sebenarnya apa yang nak aku ceritakan dalam artikel ini ialah coverage yang diberikan percuma oleh kad Maybank. Bulan Januari lepas aku terbang naik MH dan RJ balik ke Vienna.

Of course gambar2 aku semua muka mengantuk dan bosan. No amount of infilght luxury boleh tolong cover perasaan aku setiap kali aku terpaksa tinggalkan budak2.

Dari KUL aku ke BKK, dan dari BKK ke AMM. Situ transit lama kemudian baru sambung semula ke VIE.

Gambar Ni Scammer Suka Pakai

Oh ya by the way, gambar2 dalam flight business class ni la yang scammer Nigeria suka sangat cilok buat mengorat perempuan2 yang datang kacau & marah aku. Waktu aku fly economy takde siapa nak bedal gambar aku.

Sambil2 aku tengah sedih2 nak tinggalkan family aku kat airport, ada jugak sorang pompuan ajak bergaduh. It happens all the time, aku memang hangin betul la dengan perempuan2 ni.

Transit di Amman

Aku berhenti lama jugak kat AMM. Sampai sana awal pagi, subuh di Airport dulu kemudian baring kat Lounge. Aku dah pernah shopping duty free kat sini, nanti lain kali aku cerita. Tapi harga airport ni agak mahal, dan everything dia charge dalam USD. Mungkin bagi orang Jordan tak mahal kot sebab currency diorang sangat tinggi.

Sampai kat Vienna aku sedar beg aku tak sampai. Time tu baru aku teringat, aku beli tiket ni pakai kad Maybank aku, jadi mungkin aku boleh claim sesuatu. Aku harapkan beg ni alang-alang nak lewat, lewat la 3-4 hari terus supaya aku boleh claim under “lost baggage”. Kalau esok sampai, dapat claim sikit je.

Dokumen Paling Penting

Aku minta laporan ni sebelum aku keluar dari Baggage Claim. Ini ialah bukti yang beg itu tak sampai bersama passenger. Kalau beg korang tak sampai, mintak laporan ini dulu, ia dipanggil Property Irregularity Report.

Kemudian after that, aku call Maybank dan tanya macamana. Maybank suruh aku hantar email ke Etiqa. Dia kasi borang sekali untuk isi. Mengikut etiqa.

Aku tunggu beg sehari tak sampai. Yey.

Lepas tu tak sampai lagi. Yey. Sikit lagi. Tapi then aku check, beg tu mereka dah jumpa. Cuma nasib aku baik, RJ takde flight ke Vienna waktu tu jadi mereka terpaksa tunggu keesokan harinya.

All in all, beg aku lewat 3 hari.

Nilai Coverage dan Bila Kena Beli?

Untuk kad aku, maksimum Maybank/Etiqa akan bayar ialah RM3,000. Tapi susah jugak aku nak cukup-cukupkan RM3,000 sebab aku kena beli dalam Euro kan. Jadi last sekali aku pakai tak cukup.

Tapi dapat la satu suit, satu coat dan dua pasang kasut yang branded. Aku keluar shopping cepat2 je sebelum pergi kerja sebab aku kena buat waktu tu jugak. Kalau aku tunggu sikit lagi, beg aku dah sampai dan aku rugi peluang ini.

Kemudian aku hantar semua resit dan juga semua dokumen yang diperlukan:

  • Baggage Tag
  • Boarding Pass (tak pasti perlu ke tidak)
  • Bukti yang tiket tu charge ke kad Maybank sepenuhnya
  • Report kat atas tadi
  • Resit pembelian. Kau kena beli dengan kad yang sama, jadi pastikan ada credit balance kat situ. Kalau tiba2 hutang kau dah penuh, menyesal tak boleh beli lagi.

Masa Menunggu

Sepatutnya dalam beberapa hari je aku dapat dah duit aku tapi disebabkan ada masalah teknikal (sistem Etiqa belum terima registration aku dari Maybank Card Center, lebih kurang macam tu la), jadi aku terpaksa bersabar dalam 2 bulan. Aku settle dulu dengan duit aku sebab kalau tidak nanti kena bayar interest.

Finally Etiqa hantar aku email yang semua dah selesai dan dia kasi aku balik RM2,884.23

Suit tu aku simpan buat majlis special je, kasut dan coat tu pun aku tak pakai sangat. Somehow aku rasa aku tak berapa deserve sebab bukan pakai duit aku beli. Tapi bila masa aku nak pakai, aku pakai la.

For everyday suit aku lebih suka pakai G2000 sebab selesa dan boleh stretch dan kalau kotor ke suit murah. Ni G2000 aku pakai waktu Perdana Menteri datang sini:

btf

HH

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: