Disebabkan aku sudah tak boleh masuk Facebook sekarang untuk update page Hazman Halid, aku minta admin aku di Malaysia (kami ada seorang lagi admin lain selain aku) tolong post satu link ke blog ini. Dari luar, aku dapat baca komen-komen dari followers yang bernada sedih.
Apa yang Jadi Kalau Aku Register
Kalau aku buka akaun baru pun (dah banyak kali cuba, setiap kali mencuba aku terpaksa beli & register SIM Card baru), dalam beberapa hari aku akan dapat benda ini:

Jadi aku dapat rumuskan di sini yang Facebook sudah ban:
- muka aku, dan/atau
- nama aku, dan/atau
- IP address aku
Kenapa Ini Terjadi?
Pertamanya sebab ramai sangat orang Nigeria pakai gambar aku, dan naturally ramai antara akaun-akaun palsu itu dah kena report dan hilang. Jadi Facebook sudah simpan data tentang muka aku untuk buat facial recognition. Begitu juga nama aku. Kalau korang tak percaya, cuba buat satu akaun palsu Hazman Halid dengan muka aku. Kalau akaun tu boleh bertahan lebih sebulan, kau bagi aku login tu aku pakai.
Keduanya, seperti yang aku sudah terangkan dalam artikel aku dulu, terlalu ramai perempuan yang sudah kena tipu, pergi report akaun scammer, dan report akaun aku yang original sekali. Ataupun yang bergaduh dengan aku, pergi report aku harass mereka. Puncanya mereka sendiri yang pergi melayan si Nigeria, dan susahnya dapat kat aku dan keluarga aku. (Aku tak maafkan perempuan2 ini).
Reaksi Para Followers
Aku masih boleh masuk ke page Hazman Halid dari luar Facebook dan dengan sedikit kesusahan (sebab FB suruh register je), aku boleh baca sebahagian dari komen-komen followers.
Aku dapat baca bahawa ada antara followers yang rasa kehilangan disebabkan aku sudah tak ada di Facebook. Sekali-sekala bila aku buka akaun baru (yang aku tahu tak akan bertahan), aku beritahu mereka semula dan mereka add. Esoknya hilang. Aku pun letih, mereka pun letih.
That is why, aku decided dari awal lagi untuk salurkan tenaga aku semua ke blog ini saja. No point untuk aku buka akaun di Facebook, invest semua masa aku, kemudian esoknya kena mula dari kosong semula.
Bagaimana dengan HH Exclusive Travelers?
HHET tidak ada admin sekarang. Kenapa aku tak suruh admin Malaysia bagi ke orang lain? Sebab kalau orang itu jadi admin group, dia juga akan jadi admin page Hazman Halid. Benda ini risiko besar untuk aku, kalau tiba-tiba dia post sesuatu yang salah.
Kenapa Page Hazman Halid Penting?
Walaupun aku tidak dapat update lagi, kewujudan page ini penting kepada aku:
- Kerana orang Nigeria akan terus pakai gambar aku untuk masa ke hadapan. Mereka kalau boleh nak page Hazman Halid ini lenyap terus supaya mereka tidak kantoi.
- Mangsa-mangsa scam biasanya membuat reverse image search untuk cari orang sebenar.
- Masih ada artikel-artikel lama yang terselit yang orang masih boleh baca.
Share Blog Ini
Aku tidak mengharap page Hazman Halid akan bertahan sampai lama. Sebab itu aku sedang tulis semula artikel-artikel itu dalam blog ini. Jadi korang yang baca ni tolong share je artikel2 ini supaya orang tahu blog ini wujud.
Ramai orang cari aku tapi tak tahu yang aku dah ada blog semula macam dulu-dulu.

HH
Memang terasa kehilangan.terasa sbb suka tgk info2 dan ilmu yg dikongsi.suka tgk gambar yang cantik hasil dari gambaryang di post.terima kasih atas perkongsiannya..
LikeLiked by 1 person
Sentiasa follow haz, especially bila travel rasa connected, nak bertanya pun senang. Now rasa mcm x best bila xdpt follow d fb d sbbkan acc tersebut hilang.
LikeLiked by 1 person
I want hear from you coz I have learn something about scammer at least I can help people around me
LikeLike
The most important info was regarding the insurance. We must have it before traveling.
LikeLike
Sy nak pinjam some of ur entry utk sharing to my women group to not fall victim kat scammer Nigeria. Ur tips dan perincian utk kenal pasti fake account is really good. Missed ur sharing (and the piano playing too 😊). Take care
LikeLike
I salah satu mangsa dari scammers ni. blog ni membantu dan memudahkan kerja i. by the way your blog very interesting and give me inspiration. also can moderate my weakness. thanks hh. very useful
LikeLike
Jgnlh hilang..mmg terasa sgt klau hilang..bnyk info yg di kongsi,gambar yg Sgt cantik.. suka baca perjalanan hidup abg hazman di perantauan..
LikeLike
Sekarang pun masih ada lagi yang guna gambar En Hazman..Harap segala dipermudahkan.
LikeLike