Transfer Duit ke Manager?

Sewaktu aku cuti sebulan kat Malaysia hari tu, aku berjaya memancing scammer cinta untuk jatuh hati dengan aku. Aku akan tulis artikel tentang ini lain kali, tapi yang aku nak fokus hari ini ialah, scammer cinta minta duit atas akaun bank orang lain, tapi kenapa perempuan selalu percaya?

Contohnya, lelaki yang mengorat aku tu, dia gunakan nama Dr. Hazman Hazrin. Tapi bila aku offer untuk masukkan duit terus ke akaun Hazman Hazrin, dia tetap suruh aku masukkan ke akaun ‘pengurus’ dia (Nina Togle Malba). Semua transaksi bank pengurus dia yang handle, kata dia.

Orang Sebenar

By the way, aku tahu siapa dia yang sebenar, walaupun dia cuba untuk tipu aku dengan identiti palsu. Sebabnya, orangnya yang original juga cuba masuk IG aku lepas aku blok akaun palsu.

Sewaktu aku buat video call dengan dia, aku ada rakam live video di Facebook:

  1. Klik untuk tengok Video Call
  2. Klik untuk tengok Voice Call selepas beberapa hari

Jadi Kenapa Kena Masuk Akaun Lain?

Untuk kau dan aku yang tahu ini scammer, jawapannya adalah jelas: sebab orang bernama Hazman Hazrin itu tidak wujud. Namun ramai mangsa scam yang percaya bahawa:

Dia orang kaya, manager dia handle semua urusan, sebab tu dia minta duit masuk ke Account Manager.

Yang ni, aku dah pernah bergaduh dengan seorang perempuan sebab dia yakin 100% orang tu ada ‘account manager’.

Konsep ‘orang kaya pakai Account Manager’ itu tidak wujud.

‘Pengurus’ yang dimaksudkan ialah Relationship Manager yang selalu diberikan oleh bank kepada customer Private Banking. Tapi cara ia berfungsi tidak sama dengan yang orang ingat.

Konsep Private Banking

Private banking atau privileged banking adalah dua benda yang hampir sama. Tak semua orang tahu pasal ini sebab keperluan minimum untuk buka akaun private.

Simpanan minimum ialah RM250,000. Simpanan minimum RM4,000,000 pun ada kalau Maybank Private. Tapi kalau cukup2 duit je nak buka, baik tak payah buka sebab kalau balance turun 1 sen pun kurang dari minimum, kau kena bayar RM800.

Ini ialah duit yang kau tidak boleh keluarkan. Kena bagi kat bank jaga 100%. In short, duit ini ialah duit lebihan kau bukan duit yang kau nak makan.

So, apa kau dapat?

Kalau kau simpan duit sebanyak ini dalam bank, dan kau sendiri tak boleh keluarkan, pastinya bank itu pun kena jaga duit kau elok-elok dan pastikan duit itu tidak stagnant.

Maka bank akan bagi kau seorang Relationship Manager.

Relationship Manager bukan Account Manager

Ini Relationship Manager aku. Ya dia hensem, dan dia juga instafamous. Kebanyakan relationship manager yang aku pernah tengok kat bank memang stok terbaik, sebab bank tak nak hilang customer.

Tapi value dia bukan sebab dia hensem, tapi sebab otak dia pandai. Aku baru je dapat manager ni, dan first day aku test knowledge dia pasal market di US, dan aku puas hati dengan jawapan yang dia bagi.

Khairil juga tolong alert kepada aku tentang investment opportunities yang ada dari semasa ke semasa. Tak semua saranan dia aku ikut, tapi dia always keep me in the loop.

Adakah dia boleh execute transaction on my behalf sewaktu aku takde di Malaysia?

Ya, tapi hanya kalau aku sign borang dulu. Kata la aku nak jual unit trust aku, tapi aku tak tahu bila nak jual, so aku isi siap-siap dan aku bagi ke manager aku, bila harga dah elok nanti dia akan Wassap aku dan aku bagi green light.

Round-the-Clock Service

Ini Relationship Manager aku yang dulu, nama dia Miss Lin. Kadang petang aku mesej dia, kadang malam, dan dia sentiasa jawab. Pada tarikh tertentu, dia tolong peringatkan aku yang aku nak beli unit trust. Jadi aku cuma perlu jawab Wassap dia jer pukul 6 pagi. dan dia uruskan semua untuk aku. By 1pm, unit trust RM100,000 aku sudah siap beli.

Dengan Khairil ni aku belum cuba lagi tapi of course aku pun hormati masa diorang dan tak nak jadi client dari neraka.

Tapi Akaun Itu Tetap Milik Client

Walaupun Relationship Manager boleh buat macam-macam, tapi aku nak tekankan di sini, akaun itu tetap atas nama client (nama aku)

Dia tak boleh execute apa-apa kalau aku tak beri kebenaran. In fact, untuk sesetengah transaksi, aku kena bagi fingerprint dulu, meskipun aku nak jual unit trust pada masa akan datang misalnya, mereka tetap kena ambil fingerprint aku dulu.

Tidak ada situasi yang manager ini boleh terima sebarang duit atas nama mereka, dalam akaun mereka. Meskipun kau ada Private Banking Account.

Aku akan buat artikel lain pasal aku perangkap scammer ni lain kali, dan juga artikel berasingan pasal private banking. By the way kalau kau kenal aku, kau juga akan tahu yang aku tak mementingkan penampilan sangat, sama macam pak aku dulu yang jutawan.

He taught me well. Thanks pa.

By the way, ada Relationship Manager ni (bukan aku punya) pernah kena add dengan scammer pakai gambar aku. Tiba2 aku masuk branch, dia terus kenal.

Untung la famous macam retis, but for the wrong reason!

HH

6 thoughts on “Transfer Duit ke Manager?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: