Rutin aku pagi-pagi ialah stop di McDonald’s kat stesen MRT sebelum ke pejabat. Ada banyak lagi kafe di Vienna yang buka awal pagi tapi McDonald’s ni aku dah biasa dan juga tak payah beratur nak order pakai terminal.

Pemandangan Musim Luruh
Pagi ni sepertimana biasa cuaca musim luruh, mendung dan suram. Kat bawah apartment aku dah install lampu cantik. Maybe diorang pasang waktu aku cuti sebulan di Malaysia hari tu that’s why tak perasan.

Bunga masih ada lagi tapi yang saki-baki je la. Masuk winter nanti takde dah.


Setiap hari Isnin macam ni, McDonald’s ada offer kopi percuma. Aku pilih latte. Mungkin orang nak tahu berapa kos breakfast kat sini. Aku spend biasanya dalam €5 dan dah cukup untuk makan benda yang kenyang sampai dinnertime.
Pagi ni aku pilih set Weiner Frühstück (Sarapan Vienna) yang terdiri dari 2 roti. Roti bun tu kami panggil Kaisersemmel dan yang melengkung tu, Croissant, nama dia ikut nama Bahasa Perancis jugak sebab itu dari budaya Perancis.



Yang dessert lain memang aku tak makan la.. muka dah start bulat macam ni. Kurangkan makan snek yang tak perlu unless sanggup berlari kat gym lama sikit.

HH
En.Haz sy br cek fb n laman hh dah tak ade ..sorry sy komen di sini sbb terkejut tup tup hilang dua dua tue..
LikeLike
cantik picture awak yg sebelah muka tuu…
awak…. jaga diri jaga kesihatan jgn marah2
😊😊😊
LikeLike
Cantik nya suasana musim luruh.seronok baca artikel2 en.haz.terima kasih atas perkongsian artikelnya ye.😊👍
LikeLike