Pembedahan Mata, Part I

Bulan Mei 2019, aku keluar ke 1st. District, Vienna, ke klinik pakar mata, sebab aku tak puas hati dah 2x aku try buat LASIK tapi Pusat Pembedahan LASIK kata tak boleh. Lepas scan, mereka suspect mata aku ada Keratoconus.

Keratoconus

Keratoconus ialah bila bentuk kornea itu tajam seperti kon. Dan ya aku baru sedar hidung aku banyak blackhead dan whitehead.

Apa itu Keratoconus? Aku obviously bukan doktor, tapi aku cuba terangkan sebaik yang mungkin.

Keratoconus itu ialah bila bentuk kornea tajam, bukan bulat. Sangat sikit orang yang ada condition ini, tapi aku salah sorang daripadanya. Disebabkan bentuk kornea macam ini, penglihatan jadi kabur dengan apa yang dipanggil astigmatism atau silau.

Keratoconus ini semakin lama semakin teruk. Seorang doktor pernah beritahu aku 10 tahun dulu yang satu hari nanti aku akan perlukan implant lens dari orang yang sudah mati.

Fortunately sampai hari ini ayat doktor itu masih belum jadi kenyataan.

Kenapa LASIK Tidak Boleh Dibuat?

Prosedur LASIK merosakkan lapisan sel pada kornea tu. LASIK membetulkan kornea dengan menipiskan kornea itu. Dalam keratoconus, salah satu masalahnya ialah ada kawasan-kawasan pada kornea di mana ia sudah nipis.

Ini scan Pentacam untuk kornea aku. Kawasan biru tu ialah kawasan nipis. Kalau terkena laser terus hilang.

Jadi pembedahan LASIK yang cepat, murah dan mudah bukan solution untuk aku. Mujur sekarang sudah ada teknologi baru yang membolehkan lens diletakkan terus dalam mata.

ICL Implant

Klinik yang aku pergi itu dimiliki oleh Dr. Mathias Zirm. Aku spent a few hours di klinik, waktu itu bulan puasa. Akhir sekali doktor cakap benda yang aku sudah jangka, mata aku perlu letak lens baru, tapi bukan lens orang mati sepertimana yang aku dengar 10 tahun lalu. Mujur teknologi sudah berkembang.

Kos Pembedahan di Austria

Doktor itu teragak-agak untuk suruh aku buat operation itu pada mulanya sebab kos operation itu sangat mahal, lebih kurang EUR 8,000 (RM35,000 pada kadar sekarang). Lagipun doktor cuma free sebulan lagi, jadi aku balik dan fikir dulu.

Kebetulan aku akan balik raya di Malaysia bulan Jun jadi aku pun tak bergegas untuk operate mata.

Anyway, mungkin orang tertanya-tanya berapa kos untuk buat test ini di sebuah klinik swasta. Bil aku petang itu hampir EUR 500 (RM2,200). Itu hanya untuk test mata saja. Maka aku selalu sarankan siapa yang datang ke Europe supaya beli insurans dulu sebab sudah ramai orang yang travel kemudian sangkut bila tiba-tiba ditimpa kemalangan.

HH

3 thoughts on “Pembedahan Mata, Part I”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s