Laman Facebook Hazman Halid Tamat di Sini

Aku buat page Hazman Halid tahun 2010 dulu sewaktu aku banyak main piano. Tahun 2013 or so, aku stop main piano dan fokus ke kerja baru di Austria. Kemudian aku update semula tahun 2018 dengan gambar-gambar travel. Kemudian jadi bercampur aduk dengan pelbagai jenis post. Walaupun follower aku naik jadi 250,000, aku rasa content dalam page itu sudah jadi bercelaru.

Malam ini aku stop update page itu. Update aku yang terakhir ialah live video yang aku rakam di Mariahilferstraße malam tadi. Ada 250,000 followers di situ, aku harap sebahagian darinya akan terjumpa blog baru ini dan baca.

Apa kaitannya dengan scam cinta?

Tahun 2018 merupakan tahun bermulanya masalah paling besar dalam kehidupan sosial media aku. Tiba-tiba perempuan-perempuan di Malaysia ramai yang serang aku dengan soalan & tuduhan. Mulanya aku tidak faham apa yang mereka merepek. Waktu itu aku baru balik dari Paris, buat review nasi ayam di rumah Kak Nur.

Dia post gambar aku di laman Nasi Ayam Paris. Tiba-tiba aku terbaca satu komen anonymous kata, “dia beri macam2 benda dan lepas itu hancurkan hidup orang itu.” Aku ingatkan mulanya mungkin orang yang dengki pada aku, tapi bila aku fikir balik jauh selepas itu baru aku faham apa yang dia tuduh.

Itu merupakan pertembungan aku yang pertama dengan mangsa scam cinta. Dan bermula dari situ tiba-tiba ramai perempuan yang cari aku. Ada yang datang stalk FB aku, ada yang tanya kawan2 aku, ada yang post gambar aku, dan ada pula yang suruh aku call; aku ingatkan ada benda urgent, rupanya dia nak maki aku.

Ramai. Jadi serabut. Fokus aku kepada benda-benda yang penting juga jadi terganggu.

Mendidik dengan Sabar

Mula-mula aku tahan jugalah marah. Kenapa aku pulak kena kacau, sedangkan masalah itu diorang sendiri yang cari? Aku start tulis artikel dan buat video, menerangkan apa itu scam cinta, aku keluarkan sampel suara orang Nigeria supaya mereka kenal suara scammer. Tapi lama-kelamaan benda ini menjadi-jadi.

Sampai satu waktu, perempuan-perempuan yang aku langsung tak kenal, start post gambar-gambar aku dan menuduh aku cuba tipu mereka. Dan dari situ, tercetusnya pergaduhan, dan akibatnya setiap kali, FB aku yang kena report.

Kesabaran aku memang sudah habis pada waktu ini. Semua video dan artikel yang aku tulis sepertinya tidak memberikan sebarang kesan. Perempuan-perempuan ini malas membaca, malas berfikir dan bertindak melayan scammer mengikut nafsu mereka. Dari sini aku juga bertindak memviralkan mereka sebab itu saja cara yang memberikan impact.

Pura-Pura Jadi Mangsa

Facebook personal aku, Haz Halid, yang sudah ada 70,000 followers hilang bulan Ogos 2019. Bukan senang untuk kumpul followers seramai itu, tapi berpunca dari perempuan-perempuan yang bercinta dengan scammers ini, ia diserang bertubi-tubi dengan laporan ke pihak FB dengan alasan itu adalah ‘fake account’. Ataupun mereka menangis yang aku harass mereka.

Dan akhirnya akaun personal itu lenyap. Dan dari situ, disebabkan ramainya scammers yang guna gambar aku, setiap akaun yang aku buka tidak tahan lama. Sekejap-sekejap, ia hilang.

Aku tak boleh letak gambar sendiri, pokoknya. Sama ada mangsa scam report atau scammers itu sendiri yang report sebab mereka tak nak periuk nasi mereka tertutup.

Ada yang menyalahkan aku yang aku tak pandai private gambar. Aku sudah mula tulis blog dari tahun 2005 lagi. Gambar-gambar aku memang online dari dulu, tapi tidak pernah ada pun masalah perempuan serang aku. Aku tak boleh terima kalau orang salahkan aku dalam hal ini sedangkan aku cuma buat hal aku dan tidak kacau sesiapa.

Mereka sendiri yang melayan scammer itu, tapi pura-pura jadi mangsa.

Kesan Kepada Keluarga

Ada yang nasihatkan aku, abaikan saja perempuan-perempuan gila itu. Tak, kalau seorang dua aku boleh abaikan. Tapi benda ini berlaku dengan sangat berleluasa.

Keluarga aku yang terkesan. Aku boleh abaikan. Mereka?

Anak-anak aku yang nak belajar terpaksa berhadapan dengan masalah ini juga. Bila perempuan-perempuan ini viralkan gambar aku, mereka langsung tidak fikir yang keluarga aku menerima tempias dari tuduhan mereka.

Mak aku pun kena. Ada seorang Datuk yang berjaya dapat alamat mak aku di Malaysia dari abang aku (abang aku bagi sebab mungkin ingat dia ada urusan business), tiba-tiba mak aku call aku dan tanya apa masalahnya. Datuk itu pergi jumpa mak aku dan suruh beritahu aku supaya tinggalkan isterinya.

Kenapa Tak Report Polis?

Ha ha ha. Orang -orang yang tanya aku soalan ini pandai melawak. Pertamanya, ya aku dah report ke polis sebab ada perempuan gila (graduate UIA) nak simbah air panas ke anak-anak aku. Dan keduanya, kau ingat balai polis tu belakang rumah aku ke?

Dalam kejadian ini, perempuan ini mula balas dendam selepas aku paksa dia, secara terbuka, buktikan yang dia pernah kena tipu dengan aku dan cabar dia supaya keluarkan saman.

Perempuan Psiko Graduan Jurusan Undang-Undang

Mungkin korang bayangkan rupa perempuan psiko ini seperti seorang psiko. Salah, mangsa graduan UIA ini, rupa dia sopan bertudung. Tapi dia juga ada akaun palsu, Idora Qistina. Seperti yang dia mengaku sendiri, dia pernah video call dengan scammer tersebut.

Dari sini aku merumuskan yang perempuan-perempuan yang kononnya ditipu scammer, mereka juga ada permainan kotor sendiri. Imej di luar tidak melambangkan perangai mereka di sebalik litupan agama.

Aku cukup pantang dengan orang-orang yang rasa mereka pandai menyamar dengan identiti palsu dan memutarbelitkan cerita. Jadi lebih baik aku mention terus yang nama sebenar perempuan yang mengancam anak-anak aku ini ialah Nurul Ain bt. Hamzah, dan no IC dia ******-**-**70 ada pada aku.

Perempuan bakal lawyer ni pun kaki kencing jugak.. bila suruh buat report polis dan saman, dia berbelit-belit cakap.

On top of that, pic dia ada kelab pelacuran pergi Tag.. dan clearly it’s not a fake account.

Pelik perangai betina2 ni.

not a fake account

Viral di Terengganu

Hari Raya Haji, 2019. Aku di Prague, baru balik dari makan rendang di rumah kawan. Tiba-tiba ada informer beritahu aku, muka aku sedang viral di laman Kuala Terengganu. Aku berjaya membuatkan admin page itu buang post ini tapi aku tak puas hati selagi aku tidak jumpa perempuan yang menjadi puncanya.

Malamnya, aku terjumpa profil yang aku cari, seorang janda di negeri itu, Faramasliani bt. Mohamad Yasin, yang terkenal di sana dengan kisah silamnya yang tersendiri. Lain kali aku akan tulis tentang dia.

Mangsa Peneraju Korporat

Bulan Oktober 2019, laman Hazman Halid bergegar dengan makian seorang perempuan pasca-menopaus yang memanggil aku seorang penjenayah.

Salah seorang mangsa scam cinta yang paling prominent yang pernah aku kantoikan ialah Chah Hashim, yang aku mengesyaki adalah Chairperson kepada sebuah syarikat multi-juta ringgit di Malaysia. Followers di laman Hazman Halid yang pernah melihat orangnya lebih mengetahui.

Dari segi bahasanya yang kasar, tidak ramai yang menyangka bahawa dia sebenarnya seorang wanita berumur. Dia menggunakan akaun yang private untuk bergaduh, tetapi terlupa untuk sorok gambarnya di London:

Akaun Chah Hashim terus hilang selepas saya upload gambar keratan akhbar tokoh korporat tersebut, dan sejak dari itu dia yang paling banyak mengganggu page Hazman Halid dengan laporan harassment, seolah-olah terketar-ketar ketakutan.

Of course, sebab saham syarikatnya turun menjunam selepas dia diviralkan. Bayangkan nilai asal RM7 turun menjadi RM2.40 dan terus turun ke RM2.07.

Aku pastinya akan viralkan Chah Hashim sekali lagi lepas ini, kerana dia yang menyebabkan aku hilang akaun admin. Kerugian pelaburan berjuta-juta bukan masalah aku.

Gangguan Berkurangan

Gangguan mula berkurangan sejak aku bertindak dengan agresif, iaitu memviralkan muka-muka perempuan yang tanya/tuduh/kacau aku selepas ditipu oleh scammer.

(Kebanyakan mangsa malu untuk mengaku jadi mereka merekacipta alasan lain untuk pass the ball kepada aku.)

Hidup aku mula tenteram semula.

Tapi seperti yang aku tulis di atas tadi, the dents are showing on my social media accounts. Akibat laporan yang bertubi-tubi dari perempuan yang malu kena viral, pihak Facebook mengugut untuk tutup laman Hazman Halid.

Jadi sebelum laman itu hilang terus, aku mengambil keputusan untuk terus menulis di luar Facebook.

Laman Hazman Halid perlu terus wujud di Facebook, meskipun aku sudah tidak update lagi; kerana banyak artikel-artikel aku yang ada di sana. Dan lebih penting lagi, bakal-bakal mangsa scam seterusnya boleh diselamatkan dari kesilapan mereka sendiri dan dari mengganggu hidup aku.

HH

2 thoughts on “Laman Facebook Hazman Halid Tamat di Sini

Komentar ditutup.

%d bloggers like this: